Ketupat Idul Fitri Diperkenalkan oleh Sunan Kalijaga

| | 0 komentar

MAKANAN yang satu ini, khas dengan perayaan lebaran Idhul Fitri, hari  yang fitri, hari  kemenangan sekaligus hari bahagia bagi kaum muslimin yang telah berjuang sebulan penuh melawan hawa nafsu melalu puasa Ramadan.
Ketupat adalah sejenis hidangan dari nasi atau pulut yang dibungkus dengan daun kelapa dan direbus dalam periuk yang terkenal di Malaysia, Indonesia serta beberapa negara Asia Tenggara lain. Ketupat ada disebut dalam kesusteraan Melayu, Hikayat Indraputra, yang muncul sebagai tahun 1700 Masehi, tetapi kisahnya wujud secara lisan sebelum tahun tersebut.

Jenis ketupat bergantung kepada bahan yang digunakan dan daun yang digunakan untuk membuat bungkusannya. Ketupat pulut ialah ketupat yang mengunakan beras pulut sebagai bahan asasnya, manakala ketupat nasi dibuat daripada beras. Biasanya dibungkus dengan daun kelapa.
Ketupat tiga segi ialah bentuk ketupat segi tiga. Ketupat moden biasanya segi empat. Sejak 1990, ketupat yang dibungkus dalam plastik mulai diperkenalkan dan bisa dikukus dalam periuk biasa maupun periuk elektrik. Ketupat biasanya dihidangkan semasa hari raya sahaja iaitu pada Hari Raya Puasa dan Hari Raya Haji. Ia biasanya dihidangkan dengan rendang dan serunding serta kuah kacang. Namun kini, ketupat turut dihidangkan dengan sate di gerai-gerai dan restoran seperti di Kajang.
Bersangkutan dengan Idul Fitri, tradisi ketupat ini diperkirakan berasal dari saat Islam masuk ke tanah Jawa. Dalam sejarah, Sunan Kalijaga adalah orang yang pertama kali memperkenalkannya pada masyarakat Jawa. Beliau membudayakan dua kali Bakda, yaitu “Bakda Lebaran” dan “Bakda Kupat”. Bakda Kupat dimulai seminggu sesudah Lebaran.
Pada hari yang disebut Bakda Kupat tersebut, di tanah Jawa waktu itu hampir setiap rumah terlihat menganyam ketupat dari daun kelapa muda. Setelah sudah selesai dimasak, kupat tersebut diantarkan ke kerabat yang lebih tua, menjadi sebuah lambang kebersamaan.

0 komentar:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Posting Komentar

 

Blog Sahabat

Recent Comment

© Copyright 2010. yourblogname.com . All rights reserved | yourblogname.com is proudly powered by Blogger.com | Template by o-om.com - zoomtemplate.com